KERALA – Dua wanita melanggar tradisi berabad lamanya dengan memasuki sebuah kuil hindu di selatan negeri Kerala pada pagi ini.
Ketua Menteri Kerala yang mengesahkan tindakan dua wanita itu meluahkan kerisauan tindak balas kumpulan konservatif Hindu yang berpegang kepada larangan yang hanya membenarkan penganut lelaki sahaja memasuki kuil.
Sehingga hari ini, demi menjaga kesucian, kuil itu melarang wanita berusia 10 hingga 50 tahun berkunjung atas faktor usia akhir baligh.
Tindakan dua wanita itu yang jmelanggar tradisi tempatan mencetuskan kebimbangan ketika berlangsungnya musim ibadah sejak Oktober lalu.
Kedua-dua individu itu dilaporkan berusia dalam lingkungan 40-an dilihat memasuki premis Kuil Sabarimala.
Kumpulan konservatif Hindu di negeri itu berkata, mereka percaya wanita yang dalam lingkungan umur akhir baligh mencemarkan kesucian kuil yang menempatkan Dewa Ayyappan.
Rangkaian televisyen di Kerala melaporkan bahawa ketua sami telah menutup kuil itu untuk upacara kerohanian akibat lawatan dua wanita itu atas alasan kebebasan dan hak sama rata.
Rakaman klip video dari salah seorang pegawai polis tempatan di Kerala yang ditayangkan dalam talian pada Rabu menunjukkan dua wanita itu kelihatan berada di dalam kuil itu dengan kepala masing-masing ditutup kain.
Bagaimanapun, kerajaan negeri yang mempertahankan kedua dua wanita itu menyatakan ia adalah masalah hak-hak sivil individu.
“Saya sebelum ini menjelaskan bahawa kerajaan akan memberi perlindungan sekiranya ada wanita tampil ke hadapan untuk memasuki kuil tersebut,” kata Pinarayi Vijayan, menurut rangkaian televisyen tempatan.
Pembangkang di negeri itu turut amaran ekoran tindakan dua individu itu.
“Ini adalah pengkhianatan kerajaan perlu membayar mahal terhadap tindakan perlanggaran adat resam dan tradisi yang dianuti dan dipertahankan sejak berabad lama,” kata Naib Presiden Jawatankuasa Kongres di Kerala, K. Sudhakaran dalam satu kenyataan hari ini.
Kongres merupakan parti pembangkang yang dikendalikan gabungan parti politik sayap kiri di negeri tersebut.
Vijayan dalam sidang media berkata, dua wanita terbabit yang sebelum ini gagal memasuki kuil itu sebelum ini apabila dihalang penganut Hindu tidak berdepan masalah memasuki premis itu hari ini.
Tetapi masih belum jelas lagi bagaimana dua wanita itu berjaya mengelak halangan ribuan penganut agama Hindu yang mengawal kuil itu.
Pada September lalu, keganasan tercetus selepas Mahkamah tertinggi India mengarahkan pihak berkuasa memansuhkan larangan wanita atau gadis daripada memasuki kuil itu. – MalaysiaGazette