SEOUL – Pewaris Hyundai Motor Group, Euisun Chung berkata beliau akan menyelesaikan penstrukturan syarikat pada 2019 selepas mengambil alih tampuk kepimpinan daripada bapanya dalam konglomerat kedua terbesar Korea Selatan itu.
Peralihan kepimpinan itu hadir ketika syarikat mengalami waktu sukar berikutan kejatuhan jualan yang berterusan diĀ Amerika Syarikat dan China, siasatan terhadap penarikan beberapa model oleh AS, perubahan teknologi dan pengenalan tarif yang mungkin dilaksanakan AS.
“Ketidaktentuan perniagaan semakin meningkat kerana ekonomi global terus jatuh.
“Tembok perlindungan (protectionism) sedang dibina di seluruh dunia,” kata Chung, 48, ketika berucap menyampaikan amanat Tahun Baharu di hadapan kakitangan syarikat.
Ini merupakan penampilan Chung tanpa kehadiran bapanya.
Hyundai Motor Co. dan Kia Motors Corp. sebelum ini mengumumkan sasaran konservatif jualan 7.6 juta kenderaan pada 2019 berikutan kesukaran untuk kembali pulih daripada penguasaan pasaran di China dan AS.
Para penganalisis meramalkan 2018 bakal menjadi tahun keempat berturut-turut Hyundai gagal mencapai sasaran jualan.
Ini berikutan kenderaan sukan pelbagai gunanya gagal mencuri perhatian di China dan AS, dua pasaran automotif terbesar dunia.- Reuters.