Home Ekonomi India kurangkan cukai minyak sawit

India kurangkan cukai minyak sawit

Simpanan berlebihan dan harga yang menjunam mendorong sesetengah brokerĀ  menghentikan pembelian buah sawit buat sementara waktu.

MUMBAI – India telah mengurangkan cukai import ke atas minyak sawit mentah dan tapis daripada negara-negara Asia Tenggara selepas mendapat permintaan daripada para pembekal.

Pengurangan itu bakal mendorong import minyak sawit daripada negara terbesar dunia pengguna minyak itu, sekali gus boleh mengurangkan jurang perbezaan antara minyak sayur-sayuran tropika dan pesaing-pesaingnya seperti minyak soya dan minya bunga matahari.

Duti bagi minyak sawit mentah lebih rendah kepada 40 peratus berbanding 44 peratus manakala cukai ke atas minyak yang ditapis dipotong kepada 50 peratus berbanding 54 peratus, menurut notis yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Perubahan cukai itu berkuatkuasa pada hari Selasa.

Penghantaran minyak sawit yang ditapis akan dicukai pada kadar 45 peratus berbanding 54 peratus sebelum ini.

Pada bulan Mac tahun lalu, India meningkatkan cukai import minyak mentah kepada 44 peratus daripada 30 peratus dan minyak ditapis kepada 54 peratus berbanding 40 peratus sebelum itu.

Minyak sawit akan menjadi lebih kompetitif dengan pengurangan duti dan mendorong peningkatan import mulai Januari ini, kata Sandeep Bajoria, Ketua Eksekutif Sunvin Group, pengimport minyak sawit di Mumbai.

India mengimport minyak sawit dari Indonesia dan Malaysia serta minyak soya dari Argentina dan Brazil.

Negara ini juga membeli minyak bunga matahari dari Ukraine dan kanola dari Kanada. – MalaysiaGazette