Home Dunia Pyongyang ubah pendirian jika AS terus kenakan sekatan

Pyongyang ubah pendirian jika AS terus kenakan sekatan

Kim Jong-un. Foto Agensi

PYONGYANG – Kim Jong-un menegaskan bahawa beliau komited untuk menghapuskan prorgam nuklearnya tetapi memberi amaran akan mengubah pendirian itu jika Amerika Syarikat berterusan mengenakan sekatan.

Pemimpin Korea Utara itu membuat kenyataan keras itu sempena ucapan Tahun Baharu 2019.

Berucap untuk rakyat Korea Utara, Jong-un berkata: “Jika Amerika Syarikat tidak mematuhu janjinya yang dibuat di hadapan dunia dan tetap melaksanakan sekatan dan memberi tekanan kepada negara ini, kita mungkin tidak memberi pilihan tetapi menimbangkan jalan baharu untuk keselamatan dan kepentingan kedaulatan sendiri”.

Ucapan itu turut disiarkan di rangkaian televisyen.

Jong-un dan Presiden Donald Trump telah mengadakan pertemuan bersejarah di Singapura pada tahun lalu bagi membincangkan tentang penghapusan program nuklear tetapi hasilnya belum signifikan.

Korea Utara kini tertakluk kepada beberapa sekatan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung pengharaman nuklear dan program peluru berpandu.

Pyongyang telah menghentikan kesemua program ujian peluru berpandu dan nuklear.

Tegas Jong-un, Korea Utara telah berikrar untuk tidak membuat, menggunakan dan menyebarkan senjata nuklear dan telah mengambil langkah konkrit.

Malah, beliau juga bersedia untuk menemui Trump pada bila-bila masa. – MalaysiaGazette