TERKINI : Kuota 60% B40 Tidak Cetus Lambakan Murid – Maszlee Malik

Pelaksanaan kuota 60 peratus murid daripada golongan kelurga berpendapatan B40 tidak akan mencetuskan suasana lambakan murid di sekolah kata Maszlee Malik hari ini.

Katanya isu lambakan pelajar tidak timbul dalam dasar kemasukan 60 peratus murid B40 yang telah dilaksanakan kerajaan baru baru ini.

“Tidak..kenapa pula lambakan murid.. isu sebenarnya ada bilangan tertentu memasuki sekolah berasrama penuh.. tidak masuk pun ada bilangan kuota yang ditetapkan.

“Itu tidak jadi isu… cuma siapa yang masuk ke sekolah berasrama penuh, itu yang penting kerana kita hendak mengembalikan semangat berasrama penuh supaya adil untuk semua tanpa perbezaan kedudukan dan ia polisi KPM dari dulu lagi,” katanya kepada media di sini.