Home Ekonomi Harga minyak jatuh lebih 1%

Harga minyak jatuh lebih 1%

Gambar hiasan. Foto Reuters

SINGAPURA- Harga minyak jatuh lebih satu peratus pada Khamis di tengah-tengah ketidaktentuan pasaran matawang dan saham ditambah dengan amaran penganalisis mengenai kelembapan pertumbuhan ekonomi pada 2019.

Harga minyak US West Texas Intermediate (WTI) berada pada paras AS$45.83 setong pada 0120 GMT, jatuh 71 sen atau 1.5 peratus berbanding ketika ditutup semalam.

Kontrak hadapan penanda aras Brent jatuhh 51 sen atau 0.9 peratus pada AS$54.40 setong.

“Kami tidak melihat sebarang kelembapan ekonomi terutamanya di China,” kata Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook.

Kelembapan ekonomi China dan pasaran saham dan kewangan menyebabkan ramai pelabur bimbang.- MalaysiaGazette

 

 

+ posts