TEXAS – Seorang lelaki diburu di Houston selepas menyerang sebuah keluarga dan kemudian menembak mati seorang kanak-kanak perempuan.
Ketika kejadian, mangsa, Jazmine Barnes bersama tiga adik-beradiknya berada dalam sebuah kereta yang dipandu ibunya, LaPorsha Washington.
Tiba-tiba datang seorang lelaki yang tidak dikenali tiba-tiba muncul dan melepaskan tembakan.
Jazmine dan Washington terkena tembakan tetapi kanak-kanak itu yang duduk di kerusi belakang meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.
Polis percaya keluarga itu menjadi sasaran secara rambang.
Namun motif serangan itu tidak dapat disahkan.
Pihak berkuasa mengatakan lelaki bersenjata itu berkulit putih, mempunyai berjanggut, berusia 40-an dan memakai baju merah
Polis berkata, lelaki itu melepaskan tembakan tanpa sebarang provokasi.
“Kami sedang menyiasat motif serangan daripada segala aspek,” kata polis.
Washington, 30, pula cedera di lengan selepas terkena tembakan.
Sementara itu, peguam hak asasi, Lee Meritt dan aktivis Shaun King menawarkan sejumlah AS$50,000 tunai kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat tentang suspek. – MalaysiaGazette