Home Politik Pas rayu bantuan selesai kos guaman saman Sarawak Report

Pas rayu bantuan selesai kos guaman saman Sarawak Report

Idris Ahmad
Idris Ahmad

KUALA LUMPUR – Pas merayu orang ramai membantu pihaknya menyelesaikan baki kos guaman saman parti itu dengan Sarawak Report.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, Pas memerlukan sebanyak RM400,000 lagi bagi tujuan itu.

Bayaran tersebut perlu dijelaskan dalam tempoh dua minggu daripada sekarangkepada peguam di United Kingdom (UK).

“Minta tolong sangat-sangat. Bantuan untuk bayaran guaman saman Sarawak Report. Perlu RM400,000 lagi. Dalam masa dua minggu mesti jelaskan kepada peguam di UK.

“Wang terkumpul sekarang RM69,000. Perlu lagi RM331,000. Sudah bayar hampir RM2.5 juta. Kempen sekurang- kurang RM10 seorang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut idris, banyak lagi bil selepas ini sewaktu kes tersebut berjalan nanti.

Pas sebelum itu menerusi presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil tindakan undang-undang terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown di London pada 21 April tahun 2017.

Ia mengenai laporan portal itu pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa Abdul Hadi menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong BN dan UMNO.- MalaysiaGazette