Home Seni Hidup Irama jadi orang tengah selesai isu jururawat saman Linda

Irama jadi orang tengah selesai isu jururawat saman Linda

Linda Rafar. foto IQBAL BASRI, 01 JUN 2017

KUALA LUMPUR – Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama) bersedia menjadi orang tengah menyelesaikan isu Linda Rafar yang disaman oleh jururawat.

Presidennya, Ayob Abd. Majid berkata, pihaknya berharap dapat bertemu dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefley Ahmad.

“Kami berharap dapat bertemu menteri pada kadar segera dan merayu semua pihak tidak terus mengkritik berhubung isu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

ayob
Presiden Irama, Ayob Abd. Majid.

Menurut Ayob, kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai.

Tawaran menjadi orang tengah itu ekoran tindakan sekumulan jururawat yang mahu menyaman Linda kerana didakwa menghina profesion mereka baru-baru ini.

Linda diminta membuat permohonan maaf sekiranya tidak mahu kemelut itu dibawa ke mahkamah.

Sebelum itu, Linda yang juga penyanyi menyifatkan kenyataannya disalahtafsir dan tidak bermaksud buruk kepada golongan jururawat.

Malah beliau mempertahankan kenyataannya dan yakin beliau berada di pihak yang benar.- MalaysiaGazette

Notis mahkamah pada Linda tuntut maaf – Jururawat