Home Nasional PDAM jangka rugi RM40 juta

PDAM jangka rugi RM40 juta

Pertemuan Presiden PDAM Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz dan empat wakil persatuan itu bersama Dr Mahathir itu berlangsung kira-kira 45 minit di Perdana Putra di sini hari ini sebelum Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Kabinet.
Pertemuan Presiden PDAM Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz (tengah).

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengusaha Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) menjangka kerugian sebanyak RM40 juta ekoran pengumuman kerajaan terhadap harga baru bahan api yang berkuatkuasa tengah malam ini.

Presidennya, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, pengurangan bahan api sebanyak 14 sen seliter untuk diesel dan 27 sen seliter bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing akan mengakibatkan kerugian runcit petroleum sebanyak RM30 hingga RM40 juta, berdasarkan stok minyak sedia ada.

“Semua pengendali perlu menanggungnya. Walau bagaimanapun. kami mengalu-alukan pengumuman oleh kerajaan selepas mereka mengambil kira margin kerugian yang harus kami laksanakan,” jelas Khairul dipetik berkata.

Meskipun mengakui pengumuman itu memberikan keseimbangan bagi semua yang terlibat, Khairul berkata krisis yang disebabkan oleh mekanisme harga bahan api menunjukkan ia dapat dipertingkatkan lagi.

“Kami tidak mahu membeli (stok minyak) pada harga yang lebih tinggi hanya untuk menjual lebih rendah, kerana pelbagai masalah boleh timbul seperti masalah mingguan antara kami dan logistik pengangkutan.

“Lebih rumit lagi ialah tahap bekalan yang tidak sekata. Kami menanggung kerugian apabila harga menurun lebih tinggi daripada kenaikannya, kerana ramai yang tidak menaikkan harga apabila harga lebih tinggi,” ujarnya.

Bagaimanapun, PDAM dalam kenyataan berasingan sebelum ini mengakui kadar harga runcit semasa adalah keputusan terbaik memandangkan situasi ekonomi negara ketika ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi pihak pengendali stesen minyak di seluruh negara, kerana kesediaannya bertemu dengan mereka untuk mendengar kebimbangan yang dialami.

Harga runcit petrol bagi RON95 dan RON97, serta diesel akan dikurangkan kepada RM1.93 seliter, RM2.23 seliter dan RM2.04 seliter masing-masing bermula tengah malam ini hingga 11 Januari.

Kementerian Kewangan yang mengumumkan perkara itu berkata, harga runcit RON95 dan RON97 turun 27 sen masing-masing daripada RM2.20 dan RM2.50 setiap liter, manakala diesel turun 14 sen daripada RM2.18 seliter. – MalaysiaGazette