Home Nasional KKM nafi caj RM100 pelajar sekolah kerajaan 

KKM nafi caj RM100 pelajar sekolah kerajaan 

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan kononnya pelajar yang memasuki sekolah selain daripada Sekolah Berasrama Penuh dikenakan caj pemeriksaan kesihatan sehingga RM100.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min bagaimanapun berkata, calon yang memasuki Sekolah Asrama Penuh Kerajaan hanya dikenakan bayaran pemeriksaan kesihatan sebanyak RM1.

“Sekolah Asrama Penuh Kerajaan adalah sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan atau Jabatan Kerajaan lain termasuk Maktab Rendah Sains MARA, Maktab Tentera DiRaja dan Sekolah Agama Kerajaan Negeri.

“Bagi pelajar Sekolah Swasta, caj pemeriksaan kesihatan akan dikenakan seperti mana orang awam iaitu sebanyak RM100.

“Ia merangkumi pakej asas iaitu pemeriksaan fizikal, x-ray dan urine FEME selaras dengan Perintah Fi (Perubatan) 1982,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pelajar yang ditawarkan ke sekolah agama kerajaan perlu dikenakan pemeriksaan kesihatan yang dicajkan sebanyak RM100.
Pelajar yang ditawarkan ke sekolah agama kerajaan perlu dikenakan pemeriksaan kesihatan yang dicajkan sebanyak RM100.

Semalam, seorang netizen menerusi laman sosial Facebook mendakwa anaknya perlu membayar caj RM111 untuk pemeriksaan kesihatan untuk memasuki ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian.

Netizen itu mendakwa, dia dimaklumkan bahawa pengurusan hospital yang dilawatinya bahawa caj berkenaan adalah polisi kerajaan baharu. – MalaysiaGazette