Home Utama Dana RM20 juta bagi prototaip kereta nasional ketiga

Dana RM20 juta bagi prototaip kereta nasional ketiga

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof (tengah) bergambar bersama barisan kehormat pada Majlis Pelancaran Program Lestari: Inisiatif Pemerkasaan Keusahawanan Bumiputera di sebuah hotel, hari ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) telah meluluskan dana bernilai hampir RM20 juta untuk menarik minat pelabur swasta bagi membangunkan prototaip kereta nasional ketiga.

Menterinya Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata dana itu diperoleh daripada beberapa geran sedia ada untuk memangkinkan pembangunan projek kereta nasional berkenaan.

“Ideanya ialah kita menjadi pemangkin kepada projek kereta nasional baharu itu.

“Saya tidak membangunkan projek kereta nasional ketiga, saya memudahkan untuk mewujudkan persekitaran bagi projek kereta nasional baharu itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program lestari: Inisiatif Pemerkasaan Keusahawan Bumiputra di sini hari ini.

Katanya, kementerian juga telah menyenarai pendek beberapa vendor untuk membangunkan prototaip kereta nasional itu.-BERNAMA