Home Nasional Hina agong, Pemuda UMNO gesa polis ambil tindakan ke atas Erie Liew

Hina agong, Pemuda UMNO gesa polis ambil tindakan ke atas Erie Liew

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak polis mengambil tindakan segera ke atas pemilik akaun facebook bernama Eric Liew kerana menghina Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan Eric Liew itu yang mengaitkan peletakan jawatan baginda dengan zina adalah perbuatan yang melampau dan fitnah jahat.

“Polis perlu segera bertindak menahan pemilik akaun Facebook bernama Eric Liew. Dia secara jelas menghina Yang di-Pertuan Agong dalam ruangan komen di Facebooknya.

“Mengaitkan peletakan jawatan baginda dengan dakwaan Tuanku sibuk berzina adalah suatu penghinaan yang amat berat dan melampau,” katanya menerusi hantaran Twitternya hari ini.

ericliew
Walaupun Eriec Liew sudah memohon maaf, polis tetap perlu mengheretnya ke muka pengadilan.

Dr Asyraf berkata, jika di negara lain termasuk negara jiran Thailand, orang seperti Eric Liew itu sudah lama menerima tindakan undang-undang yang keras.

Beliau turut meminta rakyat Malaysia membuat laporan polis, di samping menularkan di Facebook dan media sosial masing-masing agar segera diambil peduli dan tindakan oleh pihak berkuasa.

Eriec Liew menerusi status terbaharunya telah memohon maaf atas komen kasarnya kepada Yang di-Pertuan Agong. – MalaysiaGazette