MOSCOW – Tehran mungkin tidak dapat menerima pesawat Sukhoi Super Jet 100 buatan Rusia bagi memodenkan angkatan pesawat penumpangnya berikutan sekatan perdagangan yang dikenakan Amerika Syarikat (AS).
Pesawat tersebut dilaporkan mempunyai lebih banyak komponen buatan AS yang dibenarkan untuk eksport tanpa kelulusan Washington, lapor RT.
Terdahulu, Rusia dan Iran memeterai perjanjian penghantaran 40 pesawat penumpang dua enjin serantau versi terbaru, Sukhoi Super Jet 100 R, untuk dua syarikat penerbangan Iran, iaitu Iran Air Tours dan Aseman Airlines.
Perjanjian tersebut dipercayai bernilai AS2 bilion, malah perjanjian yang lebih besar unuk membeli 100 buah pesawat dikaji.
“Bagaimanapun, berikutan kekurangan lesen yang dikeluarkan OFAC (Pejabat Kawalan Aset Asing) penghantaran pesawat itu tidak dapat dilakukan sekarang,” kata Setiausaha Persatuan Syarikat Penerbangan Iran, Maqsoud Asadi Samani kepada Iranian Labor New Agency (ILNA).
Shukoi yang dihubungi Sputnik berkata, adalah terlalu awal untuk berasa kecewa Iran tidak mendapat pesawat itu.
“Kami tidak menerima jawapan – sama ada positif atau negatif daripada AS berhubung keluusan perjanjian itu,” kata syarikat tersebut menerusi kenyataan media.
Terdahulu pengeluar pesawat Rusia itu tekad untuk mengurangkan komponen buatan AS. Pada Mac 2018, Ketua Pesawat Awam Shukoi, Alexander Rubtsov memberitahu RIA Novosti bahawa syarikat itu cuba mencari pembekal domestik dan antarabangsa komponen untuk Sukhoi Super Jet 100 (SSJ-100) baharu.
Iran telah lama bergelut dengan kekurangan pesawat moden berikutan sekatan yang dikenakan Barat berabad lamanya.
Bagaimanapun keadaan itu bertamabh baik apabila kuasa dunia menandatangani perjanjian nuklear dengan Iran pada 2015 yang membenarkan tempahan pesawat baharu dilakukan dengan Airbus dan Boeing. – Agensi