TERKINI : “Keputusan dan Dasar Parti Ditentukan oleh Kongres Tahunan” – Saifuddin Nasution

Semua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk pemimpin tertinggi perlu mengunakan platform sedia ada dalam parti sebagai saluran berbanding memberi kenyataan secara terbuka.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebagai sebuah pertubuhan, proses membuat keputusan dan dasar sangat jelas dalam PKR.

Jelas beliau yang Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, pelbagai platform disediakan antaranya kongres tahunan, mesyuarat pimpinan Pusat (MPP) dan Biro Politik parti selain pekeliling setiausaha agung dari semasa ke semasa.