Home Ekonomi China pernah tawarkan bantuan selamatkan 1MDB

China pernah tawarkan bantuan selamatkan 1MDB

1MDB

KUALA LUMPUR – Pemimpin-pemimpinan kanan China pernah menawarkan bantuan untuk menyelamatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Wall Street Journal (WSJ) yang mendedahkan perkara itu berkata, ia berdasarkan kepada beberapa minit mesyuarat yang dikajinya.

Dalam minit-minit mesyuarat berkenaan, pegawai-pegawai China pernah memberitahu wakil-wakil Malaysia bahawa negara itu akan menggunakan pengaruhnya untuk meminta Amerika Syarikat dan beberapa negara lain menggugurkan pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Razak dan rampasan barangan milik 1MDB.

Malah, Beijing turut menawarkan untuk mengintip kediaman dan pejabat wartawan-wartawan media itu yang terlibat dengan siasatan 1MDB di Hong Kong, bagi mengetahui dalang yang membocorkan maklumat tersebut kepada mereka, menurut minit tersebut.

Sebagai balasan, WSJ berkata, Malaysia menawarkan kepentingan dalam projek landasan kereta api, projek paip minyak bagi One Belt, One Road untuk membina infrastruktur di luar negara.

Menurut WSJ lagi, dalam beberapa bulan kemudian Najib telah menandatangani projek landasan keretapi bernilai AS$34 bilion, saluran paip dan perjanjian lain dengan syarikat-syarikat negara China, yang akan dibiayai oleh bank-bank China dan dibina oleh pekerja-pekerja China.

Sementara itu, WSJ berkata, pemeriksaan projek-projek China-Malaysia, berdasarkan dokumen dan wawancara dengan pegawai-pegawai yang masih berkhidmat dan bekas pegawai Malaysia, menawarkan salah satu akaun yang paling terperinci terkini tentang kekuatan politik di belakang program One Belt, One Road, inisiatif tandatangan pembangunan pelabuhan, landasan kereta api, jalan raya dan saluran paip di 70 negara untuk menjana perdagangan dan perniagaan bagi syarikat-syarikat China.

WSJ berkata, beberapa minit mesyuarat antara China-Malaysia menyatakan walaupun tujuan projek itu “bersifat politik”, adalah mustahak supaya orang awam melihatnya dipacu oleh pasaran.

Setakat ini, WSJ berkata, pegawai maklumat kerajaan China masih belum memberi maklum balas terhadap laporan itu. – MalaysiaGazette