WASHINGTON – Pertumbuhan ekonomi global dijangka perlahan kepada 2.9 peratus pada 2019 berbanding tiga peratus tahun lepas sementara ketegangan perdagangan semakin meningkat manakala perdagangan antarabangsa berkembang sederhana.
“Pada permulaan 2018, ekonomi global berkembang dengan pesat tetapi mula kehilangan rentak pada tahun ini dan dijangka semakin teruk pada tahun depan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Bank Dunia, Kristalina Georgieva dalam laporan Prospek Ekonomi Global.
Tinjauan masa hadapan Bank Dunia hadir selepas Amerika Syarikat (AS) dan China terlibat dalam perangan perdagangan yang telah menjejaskan pasaran kewangan seluruh dunia sejak berbulan-bulan.
Dua gergasi ekonomi itu mengenakan tarif ke atas produk masing-masing walaupun terdapat mungkin terdapat progress apabila keduanya bersedia untuk memasuki hari ketiga rundingan di Beijing.
Pertumbuhan di AS dilihat perlahan kepada 2.5 peratus tahun ini berbanding 2.9 peratus pada 2018 manakala China dijangka berkembang pada 6.2 peratus tahun ini berbanding 6.5 peratus tahun lepas, kata Bank Dunia.
Negara-negara pesat membangun dijangka berkembang pada kadar 4.2 peratus tahun ini manakala negara-negara maju dijangka berkembang sekitar 2 peratus, katanya lagi.- Reuters.