Home Dunia Gitaris Queen kutuk AS bina pangkalan udara

Gitaris Queen kutuk AS bina pangkalan udara

Brian May, gitaris kumpulan rock Queen

KUALA LUMPUR-Pemain gitar kumpulan lagenda Queen, Brian May menggunakan platform sosial media mengutuk pembinaan pangkalan udara tentera Amerika Syarikat (AS) di Okinawa, Jepun yang akan mengakibatkan kerosakan terumbu karang dan ekosistem laut.

Brian yang merupakan seorang doktor falsafah dalam bidang astro-fizik meminta semua orang menandatangani satu petisyen membantah pembinaan pangkalan tentera udara itu.

“PENTING!! PENTING!!,” katanya ketika tweet semula hantaran seorang aktvis alam sekitar, Rob Kajiwara yang meminta petisyen menyelamatkan terumbu karang dan eko-sistem laut ditandatangani.

Kerja-kerja menambak pasir akan menutupi kawasan terumbu karang dan menurut pejuang-pejuang alam sekitar, ianya akan menyebabkan kawasan makanan untuk haiwan laut terutamanya dugong akan terancam. – MalaysiaGazette