Home Nasional Hormati bidang kuasa Majlis Raja-Raja

Hormati bidang kuasa Majlis Raja-Raja

Mohamad Hasan
Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR – UMNO menggesa semua pihak untuk memahami dan menghormati proses pemilihan Yang di-Pertuan Agung adalah bidang kuasa eksklusif Majlis Raja-Raja.

Perkara itu tidak seharusnya dicemarkan dengan sebarang spekulasi, khabar angin yang tidak sahih, atau dipolitikkan secara tidak bertanggungjawab atau apa-apa sahaja tindakan yang tidak santun.

Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, UMNO keyakinan penuh kepada kebijaksanaan dan kepimpinan Majlis Raja-Raja dalam tradisi dan hal ini.

Menurut beliau, UMNO turut mengecam keras sebarang tindakan yang bersifat cubaan menangguk di air keruh.

Malah, UMNO menyeru bukan sahaja orang Melayu, tetapi seluruh bangsa Malaysia untuk bersama-sama menyatakan sokongan, kesetiaan dan kasih yang tidak berbelah bahagi kepada institusi Raja-Raja Melayu.

“Selaku warga negara yang menjunjung Rukun Negara, marilah kita semua bersama-sama menghormati kedaulatan institusi ini dengan taat dan setia,” katanya sambil menyatakan parti itu mendoakan proses pemilihan Yang di-Pertuan Agung yang berikutnya akan berjalan lancar dan baik.

Dalam pada itu, katanya, UMNO akur dan hormat dengan keputusan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Parti itu menjunjung kasih kepada Sultan Muhammad V atas naungan serta kepimpinan yang diberikan sepanjang menjalankan tugas baginda. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. The Law of the Land shall stay supreme, and that include, The Government Chosen by the People, of the People & for the People.

    The Monarchy System is part and parcel enshrined within the Law, unless otherwise.

Comments are closed.