KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengaku sekadar boneka selepas mengakui jawatan Perdana Menteri disandangnya ditentukan oleh parti DAP sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tidak mustahil pengakuan Mahathir itu juga memberi gambaran kedudukan penggantinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga termasuk dalam perancangan DAP.
“Pemimpin UMNO dituduh ‘rasis’ bila cuba menjelaskan berkaitan bagaimana DAP ini sedang menguasai kerajaan dan pemimpin Melayu yang ada hanya tidak lebih sebagai boneka semata.
“Sama ada Tun Mahathir atau Anwar menjadi Perdana Menteri dalam kerajaan PH ini, mereka hanya merupakan proksi dan boneka kepada DAP,” katanya yang dimuatnaik di akaun Facebooknya hari ini.
Pada Isnin lalu, Mahathir mengakui DAP memainkan peranan besar dalam PH khususnya kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri dan jemaah menteri lain.
Mahathir berkata, pada awalnya, DAP adalah sebuah parti seteru namun keadaan telah berubah menjadikan parti tersebut sebagai rakan sekutu kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam PH.
Malah beliau mendedahkan, kedudukan beliau sebagai pengerusi PH serta jawatan mana-mana pemimpin PH juga ‘dicaturkan’ oleh DAP yang dilihat sebagai parti dominan dalam gabungan itu selepas mengambil alih negara.
Ismail Sabri juga berkata, tidak hairanlah tindakan dan dasar kerajaan PH tidak langsung mengutamakan orang Melayu dan bumiputera dalam beberapa keputusan penting kerajaan yang boleh dilihat dalam Belanjawan 2019.
“Lihat sahaja bajet kerajaan PH yang tidak langsung memberikan tumpuan kepada golongan B40 yang ramai dari golongan ini merupakan masyarakat kaum Melayu dan bumiputera khususnya di luar bandar.
“Bagaimana insentif yang menjadi keutamaan kerajaan terdahulu terhadap rakyat miskin Melayu dan bumiputera dihapuskan. Bagaimana insentif-insentif untuk peniaga kecil Bumiputera seperti ‘status kontraktor bumiputera’ tidak lagi diteruskan,” dakwanya.
Katanya, lebih menyedihkan apabila institusi penting orang Melayu, bumiputera dan Islam seperti Felda, Felcra, Khazanah dan Tabung Haji (TH) ‘diceroboh’ oleh pemimpin-pemimpin DAP.
“Kenapa perlu hak berkaitan Islam perlu diurus oleh orang bukan Islam? TH yang 100 peratus milik dan hak orang Islam diletakkan di bawah seliaan Kementerian Kewangan yang dikawal oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang bukan Islam.
“Penjualan aset TH yang sebelum ini menjadi kekuatan dan asas keuntungan yang membolehkan pencarum atau pemilik akaun di TH yang mana 100 peratus Islam mendapat dividen tertinggi setiap tahun,” katanya.
Kata Ismail Sabri lagi, kenyataan Mahathir harus diteliti dan dilihat sebagai satu pengakuan kepada kebenaran apa yang cuba disampaikan oleh pemimpin BN sebelum ini betapa bahaya dan tergugatnya Melayu Islam dan bumiputera hari ini.
“Ini kerana kita sedang berdepan dengan pemerintahan kaum minoriti DAP terhadap rakyat majoriti Melayu Islam di Tanah Melayu ini.
“Mahathir dan kepimpinan Melayu dalam Kerajaan PH hanyalah boneka dan proksi yang mengikut telunjuk bangsa DAP,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
UMNO Akan jadi Pembangkang yg Tegar & dlm masa yg sama Akan perlahan2 hilang dlm persada Politik Negara.
Ini kerana;
(1) Gagal menerima DAP mewakili Penduduk kedua Kaum terbesar di Malaysia.
(2) Penerimaan Islam yg lebih bersifat inklusive dari jenama semasa pemerintahan UMNO yg mana Islam di guna sebagai persembahan utk kemelayuan
(3) Kekayaan yg masih tersimpan dlm khazanah UMNO perlahan2 terhakis dari “asset” akhir nya menjadi “liability”.
(4) Ahli UMNO mula hilang arah lalu perlahan lahan meninggalkan nya.
(5) Pemimpin yg sedia ramai akan di dakwa
(6) Ketrampilan Pemimpin pelapis tidak sehebat pemimpin pelapis Parti Parti komponen PH & Sekutu.
Loosing PRU 15 shall be a Big Blow to UMNO, far greater than loosing PRU 14.