Home Nasional Netizen berang tarif air naik

Netizen berang tarif air naik

Tun Faisal Ismail Aziz
Maklum balas bekas Panel Pemikir dan Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Tun Faisal Ismail Aziz berhubung isu kenaikan tarif air di laman Twitter.

KUALA LUMPUR – Pengumuman Kerajaan Pakatan Harapan (PH) semalam tarif air akan dinaikkan secara berperingkat tahun ini pastinya akan mengundang kemarahan rakyat selepas mereka gagal menunaikan sepenuhnya janji manifesto pilihan raya lalu.

Tinjauan MalaysiaGazette di laman sosial hari ini mendapati majoriti netizen memberi maklum balas negatif terhadap cadangan kerajaan itu yang dikatakan tidak membebankan rakya.

Menurut bekas Panel Pemikir dan Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Tun Faisal Ismail Aziz berkata, cadangan itu mungkin terbantut jika mendapat campur tangan daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Tun Razak.

“Esok tarif air pula tak jadi naik sebab Datuk Seri Najib troll,” katanya menerusi ciapan di akaun Twitternya, hari ini.

netizen
Respon seorang netizen berhubung isu kenaikan tarif air di laman Twitter.

Bagi netizen yang menggunakan nama Pian@MohamadSuffian membuat ciapan di laman Twitter berkata, dia tidak sanggup untuk membayar kenaikan tarif itu jika kualiti air masih di tahap lama.

“@KATSMalaysia @xavierjayakumar Tak sanggup nak bayar kenaikan tarif air jika kualiti air yang dibekalkan kepada pengguna sebegini rupa (keruh),” ciapnya.

Tidak kurang pula ada netizen menyindir tindakan kerajaan itu yang menganaktirikan rakyat Malaysia sedangkan tarif air yang dikenakan kepada negara jiran masih jauh lebih rendah.

“Air yang kita jual kepada Singapura patut dinaikkan. Jangan hanya pandai sembelih rakyat kita,” kata seorang netizen yang menggunakan nama Foo Wah Chau di laman Twitter.

Sementara itu, bagi netizen bernama Phett Dc pula, kenyataan mengenai cadangan kenaikan tarif air itu pula tidak ubah seperti skrip yang diguna pakai oleh pentadbiran lepas.

“Ini semua stail ayat Barisan Nasional (BN) sebelum naikkan apa-apa cukai, Tahniah,” ciapnya.

Ada juga netizen yang menyalahkan kebanjiran pendatang asing ke negara ini yang menggunakan bekalan air bersubsidi tanpa kawalan dan penyumbang kepada pencemaran sumber air mentah.

“Macam mana tak naik, lebihan penduduk daripada pendatang asing saja lebih kurang 10 juta. Ke mana perginya air kotor yang mereka gunakan?

“Kebanyakan mereka menggunakan air kita secara percuma dan akhirnya rakyat kita jadi mangsa,” ciap netizen bernama Nelson Alfred di laman Twitter.

Netizen yang mengguna nama Tukung Komban pula mempertikaikan tindakan kerajaan sambil menggesa pemimpin PH membantu rakyat dalam mengurangkan kos sara hidup.

“Dulu apa saja naik, YB panas hati, turun padang sampai bawa orang berhimpun nak turunkan (harga).

“Sekarang bila jadi kerajaan, jasa rakyat yang membantu pula dilupakan, apa sudah jadi. Malaysia baru semakin menindas,” ciapnya lagi. – MalaysiaGazette