Home Dunia Permohonan pembebasan Carlos Ghosn ditolak

Permohonan pembebasan Carlos Ghosn ditolak

Carlos Ghosn. foto Bloomberg

TOKYO – Mahkamah Daerah Tokyo menolak permohonan Carlos Ghosn untuk dibebaskan daripada tahanan.

Ghosn yang juga bekas Pengerusi Nissan Motor Co. Ltd ditahan sejak 19 November lalu atas pertuduhan melakukan penyelewengan kewangan.

Beliau yang menafikan dakwaan itu sebelum ini, mengisytiharkan dirinya tidak bersalah di hadapan mahkamah.

Ia merupakan penampilan Ghosn yang pertama sejak ditahan.

Tempoh penahanan beliau dijangka berakhir sehingga Jumaat ini. – MalaysiaGazette