Home Seni Hidup Dira ambil anak angkat lelaki

Dira ambil anak angkat lelaki

Dira Abu Zahar.

KUALA LUMPUR –  Penantian pelakon Dira Abu Zahar memiliki seorang anak lelaki tercapai apabila permohonannya mengambil anak angkatnya itu diluluskan.

Dira berharap dapat menjaga dan menyayangi bayi tersebut sepenuh hati kerana tidak mahu mensia-siakan peluang yang diberikan.

“Lama kami tunggu. Doa tak putus- putus. Usaha tak kenal penat. 3 bulan lepas awak muncul. Macam magik.

“Terima kasih atas kesudian untuk bersama dengan kami, Waris. Awak adalah lelaki paling kacak kami pernah jumpa. Alhamdulillah, dapat hidup bersama.Insyallah.

“Kita sama- sama bina bahagia dan cari syurga itu dengan kakak anggun ye. . Doakan kami bahagia jugak ye..” tulisnya.

Dira berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Dira pernah berkahwin dengan pengarah Helmi Yusof pada 11 November 2011 dan berpisah pada tahun 2016. Pasangan ini tidak dikurniakan anak.

Terdahulu Dira berkahwin dengan vokalis kumpulan Bau, Ash atau Tengku Shafriz- Rullah pada 2007 dan bercerai pada 2011. Menerusi perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Tengku Anggun Deandra yang kini berusia 11 tahun. – MalaysiaGazette