Home Sukan Khairulnizam: ‘Permata’ Team Hollywood

Khairulnizam: ‘Permata’ Team Hollywood

Pasukan Team Hollywood-Provezza dari Austalia ketika beraksi dalam acara kelas Racing memulakan perlumbaan pada hari ketiga Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi ke 17 di Royal Langkawi Yacht Club, Langkawi. foto SYAFIQ AMBAK, 10 JANUARI 2019

LANGKAWI – Pelayar negara, Khairulnizam Mohd Afendy berkata penyertaan beliau dalam Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2019 amat bermakna buat dirinya.

Apa tidaknya, cita-cita untuk turut serta dalam kapal layar siri TP52 Provezza tercapai juga akhirnya.

“Ini pertama kali saya bersama Team Hollywood jadi ini satu penghormatan yang terbaik bagi saya. Dia ada kapal yang bagus, dan saya sangat kagum dengan kapal ini.

“Cita-cita untuk naik kapal tercapai di Langkawi, dan setakat ini keputusan pun sangat bagus jadi saya gembira dengan pencapaian saya setakat ini,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette pada hari ketiga RILR 2019 di Royal Langkawi Yacht Club (RLYC) sebentar tadi.

Secara keseluruhan Team Hollywood dari Australia terus mengungguli kedudukan teratas dengan 5 mata jauh meninggalkan juara keseluruhan tahun lalu, pasukan dari Thailand, THA72 dengan perbezaan 5 mata.

MGF10012019_REGATTAR LANGKAWI26
Peserta Team Hollywood-Provezza, Khairulnizam Mohd Afendy bercakap pada hari ketiga Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi ke 17 di Royal Langkawi Yacht Club, Langkawi. foto SYAFIQ AMBAK, 10 JANUARI 2019

Untuk rekod, Khairulnizam merupakan atlet pertama negara menempah tiket ke Olimpik dalam kategori acara lumba layar pada Sukan Olimpik Musim Panas 2012.

Beliau menduduki tempat ke-47 dalam kategori lelaki laser.

MGF10012019_REGATTAR LANGKAWI10
Pasukan Team Hollywood-Provezza dari Austalia ketika beraksi dalam acara kelas Racing memulakan perlumbaan pada hari ketiga Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi ke 17 di Royal Langkawi Yacht Club, Langkawi. foto SYAFIQ AMBAK, 10 JANUARI 2019

Ditanya mengenai pengalaman beliau dalam pasukan Team Hollywood yang dikemudi Ray Robert, Khairulnizam berkata, ia sememangnya satu pengalaman berbeza sebagaimana yang dilalui beliau sebelum ini.

“Banyak benda yang saya belajar antaranya dasar membuat keputusan dan kerja berpasukan dan perancangan untuk permulaan yang baik.

“Semua itu boleh digunakan dalam kelas yang saya ceburi,” katanya lagi. -MalaysiaGazette