Home Utama Masih gunapakai Akta Hasutan, PH memalukan diri sendiri

Masih gunapakai Akta Hasutan, PH memalukan diri sendiri

N. Surendran
N. Surendran

KUALA LUMPUR – Sikap berdiam diri kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung Akta Hasutan mencetuskan kritikan daripada pemimpin parti itu sendiri.

Bekas Ahli Parlimen Padang Serai dari PKR, N. Surendran dalam hantaran Twitternya hari ini mempersoalkan apa sudah berlaku dengan semua pemimpin PH di peringkat pusat sekarang.

Katanya, ketika menjadi pembangkang mereka lantang mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika itu agar menghapuskan Akta Hasutan yang diluluskan bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan.

“Apa sudah berlaku kepada semua pimpinan PH yang memprotes Akta Hasutan ketika pembangkang dahulu? Kenapa senyap dan tidak ada apa-apa tindakan selepas menjadi kerajaan,” katanya.

Beliau membuat hantaran itu bagi mengulas tindakan polis menahan tiga individu yang didapati menghina peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Mereka ialah pengguna Facebook, Eric Liew; dua pemilik akaun Twitter iaitu @azhamakhtar dan @aliaastaman yang ditahan semalam selepas polis menerima beberapa laporan berhubung tindakan mereka yang memuatnaik komen berunsur hinaan menerusi media sosial itu.

Surendran menyifatkan sikap berdiam diri itu secara terang-terangan adalah sesuatu yang memalukan.

Terdahulu, Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty (LFL), Latheefa Koya dilaporkan berkata, penahanan individu itu bawah Akta Hasutan mengingatkan sikap tidak bertoleransi kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini terhadap kebebasan bersuara.

Katanya, PH sebelum menjadi kerajaan menentang kuat penggunaan akta itu, tetapi apabila mengambil kuasa, ia sama seperti BN.

“Adalah suatu yang mengejutkan apabila sudah menjadi kerajaan, PH juga masih menggunakan akta ini,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Pertama:

    Kerajaan PH perlu memberi garis panduan, Criteria- Perhinaan itu sendiri seperti mana yg Tun M maksudkan semalam.

    Kedua,
    perlu mengelak mengunakan Akta Akta yg “Draconian” seperti Akta Hasutan, SOSMA Dan sebagai nya.

    Ketiga:

    Biar Satu Badan Pendawaan yg menentukan. Elak PDRM Dari membuat Tangkapan, instead PDRM hanya di amanahkan utk buat siasatan sj.

    Dgn Cara ini, “kesalahan” yg di lakukan hanya perlu di buktikan oleh Mahkamah tanpa meletakan “pelaku” di tangkap, di lokap, di reman, di soal jawap hinggakan berlaku “intimidation” kpd “pelaku”.

    Perlu di ingatkan di sini:

    Rakyat memilih kerajaan PH utk mewakili Rakyat, dlm masa yg sama Rakyat MESTI SENTIASA Elak Dari bersifat ” Anarchy” kpd kerajaan yg Ada Serta Sayap Sayap Yg Mana Kerajaan perlu lindungi, seperti Sistem Raja Raja, Judiciary & Rakyat jelata.

    Seperti mana keistimewaan yg di nikmati oleh Raja Raja, Rakyat juga perlu di beri keistimewaan bersuara. Jika berlaku ” Conflict” antara kedua nya, Maka “pelaku” Akan di adili tanpa Ada prasangka, initimidasi & seksaan sebelum di buktikan kesalahan di mahkamah.

    Jika sabit kesalahan, hukuman perlu di lihat sebagai satu process “rehabilitation”.

Comments are closed.