KUALA LUMPUR – Genap umur 50 tahun semalam, penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu mendoakan dirinya sentiasa dijauhkan daripada musuh dalam selimut.
Menerusi Instagram miliknya, Mas Idayu berkata, dia juga akan berhati-hati dalam perjalanan hidupnya walaupun terbuka menerima kehadiran sesiapa sahaja dalam hidupnya.
“Di setiap genapnya 10 hari tahun baru, itulah hari bertambahnya usiaku hari kelahiran ku terima kasih Allah memberi pinjaman nafas ini hingga kini.
“Semoga mereka yang sentiasa di dekatku akan selalu ikhlas sayang padaku, tanpa ada keluh, kesah, dan rasa tidak ikhlas atau terpaksa menyayangi aku….
“Kerana di setiap waktu aku menerima sesiapa saja yang ingin hadir untuk bersahabat, menjadi saudara Islam yang sesungguhnya.
“Semoga di sekeliling hamba tiada musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan!!
“Kerana hamba seorang manusia yang ikhlas menerima sahabat, untuk dijadikan saudara apa adanya … hamba ikhlas walaupun siapapun menjadi teman hamba,” tulis Mas Idayu. – MalaysiaGazette