Home Ekonomi Kertas Putih Felda dibentang Mac ini

Kertas Putih Felda dibentang Mac ini

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi mengesahkan Kertas Putih Felda akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat Mac ini.

Katanya, pembentangan itu sepatutnya dibentangkan pada 10 Disember lalu tetapi ditangguhkan atas nasihat Peguam Negara atas sebab-sebab perundangan.

Ini kerana ada kes yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kes yang dibicarakan di mahkamah.

“Sebab itu Peguam Negara minta ditangguhkan dahulu,” kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika bercakap kepada media selepas mengadakan lawatan di Felda Sungai Koyan.

Bagaimanapun, katanya, Kabinet mahu Kertas Putih Felda dibentang pada Mac ini.

Pembentangan Kertas Putih Felda itu dijangka membabitkan isu kemelut kewangan yang serius dihadapi agensi tersebut.

Selain itu, kegagalan Felda mengurus keuntungan hasil penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd atau kini FGV Holdings Berhad (FGV) pada 2012.

Menjawab pertanyaan Azmin berkata, mana-mana perkara yang berkaitan dengan siasatan dan perbicaraan, tidak akan dimuatkan dalam Kertas Putih itu. – MalaysiaGazette