Home Nasional Tengku Abdullah kurnia surat cara pelantikan SUK Pahang

Tengku Abdullah kurnia surat cara pelantikan SUK Pahang

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menguniakan surat cara perlantikan pada Majlis Pengurniaan Surat Cara Perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang kepada Datuk Seri Salehuddin Ishak (tiga kiri) di Hotel Pullman Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 11 JANUARI 2019

KUALA LUMPUR – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah mencemar duli hadir pada Majlis Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pahang di Hotel Pullman di sini hari ini.

Tengku Abdullah berkenaan menerima mengadap dan mengurniakan surat tersebut kepada bekas Ketua Pengarah, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak yang dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pahang yang baharu menggantikan Datuk Seri Muhammad Safian Ismail yang bersara.

Sallehuddin sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Pegawai Daerah Temerloh.

Pada 7 Januari, Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas telah berlangsung di hadapan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Wisma Pahang.

Sementara itu, turut hadir pada majlis sama adalah Tengku Temenggung Pahang, Tengku Abdul Rahman bersama ahli keluarga kerabat diraja yang lain.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga kelihatan bagi mewakili Orang Besar Berempat.

Selepas majlis tersebut, Tengku Abdullah telah mempengerusikan Jumaah Pangkuan Diraja Negeri. – MalaysiaGazette