Home Nasional Thaipusam: KTMB sedia tren tanpa henti

Thaipusam: KTMB sedia tren tanpa henti

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan beberapa perkhidmatan tren penumpang telah terjejas berikutan banjir luar biasa yang berlaku semalam.- Gambar hiasan,

KUALA LUMPUR – Sempena perayaan Thaipusam pada 21 Januari ini, KTMB Berhad akan menyediakan perkhidmatan tren komuter tanpa henti selama 4 hari 3 malam bagi laluan Batu Caves – Seremban – Batu Caves dan Pelabuhan Klang – KL Sentral – Pelabuhan Klang

Perkhidmatan ini akan beroperasi 24 jam dari 19 Januari sehingga 22 Januari 2019.

Pembayaran tambang bagi penumpang dewasa hanya dengan menggunakan kad Komuter Link atau Touch and Go sahaja.

Kad Komuter Link akan dijual dengan harga istimewa iaitu hanya RM3 untuk kad tanpa nilai simpanan. – MalaysiaGazette