Home Politik Dakwaan BN pinggir orang asli tidak berasas – Noh Omar

Dakwaan BN pinggir orang asli tidak berasas – Noh Omar

Tan Sri Noh Omar
Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar bercakap ketika sesi walkabout bersama Komuniti Orang Asli Pos Mensun sempena Pilihan Raya Kecil P.078 Parlimen Cameron Highlands di Sekolah Kebangsaan Menson, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang. foto AFFAN FAUZI, 12 JANUARI 2019

CAMERON HIGHLANDS – Barisan Nasional (BN) tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum termasuk komuniti orang asli daripada sebarang pembentukan modal insan melalui pendidikan sejak 60 tahun lalu.

Bekas Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, dakwaan Pakatan Harapan (PH) bahawa BN melakukan diskrimnasi itu tidak berasas malah nasib orang asli semakin terbela dan tidak ketinggalan daripada kepesatan pembangunan negara.

“Siapa kata BN tidak beri pembelaan kepada orang-orang asli? Bukti anak orang asli ada pendidikan, buat ijarah, master dan PhD, malah pangkatnya bukan calang-calang sebelum bersara iaitu Asisten Komisioner Polis.

“Calon BN ini merupakan seorang pegawai polis dan ini membuktikan anak orang asli diberi peluang berjaya dalam pendidikan.

“Bila diberikan tugas beliau telah menjalankan tugas dengan baik sehingga mendapat pangkat tertinggi dalam pasukan polis,” katanya berucap menyantuni masyarakat orang asli di Kampung Mensun, Pos Mensun, di sini, hari ini.

MGF12012019_CALON BN WALKABOUT ORANG ASLI13
Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bercakap ketika sesi walkabout bersama Komuniti Orang Asli Pos Mensun sempena Pilihan Raya Kecil P.078 Parlimen Cameron Highlands di Sekolah Kebangsaan Menson, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang. foto AFFAN FAUZI, 12 JANUARI 2019

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang berkata, keputusan BN meletakkan calon dalam kalangan orang asli juga membuktikan parti itu turut mengangkat pemimpinnya tanpa mengira kaum dan agama.

“Pemimpin macam inilah yang harus kita pilih untuk perjuangkan nasib orang asli, bukan sahaja orang asli nasib rakyat di Cameron Highlands, malah semua kaum di negara kita ini.

“Ini kerana BN mewakili semua kaum, siapa kata BN memperjuangkan nasib satu kaum, itu tak betul.

“Kita lihat semua kaum diberi pembelaan sama ada kaum Cina, India, Melayu, orang asli, Bumiputera dan semua kita berikan pembelaan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette