Pasukan dari Malaysia, Mata Hari KL Registry hari ini merangkul kejuaraan kali kelima berturut-turut bagi kelas IRC1 pada hari terakhir Kejohanan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2019.
Hasil bimbingan Vincent Chan, pasukan itu meraih 14 mata keseluruhan selepas 10 perlumbaan yang berakhir hari ini.
“Perlumbaan hari terakhir amat sengit dimana keadaan angin sampai 20 knot, jadi pasukan kami kena kerja lebih kuat untuk atasi pasukan Emagine, dan juga MegaZip.
“Pada perlumbaan kesembilan hari ini kami dapat tempat kedua dan perlumbaan kesepuluh kami dapat tempat pertama.
“Pasukan saya sangat gembira untuk pertahankan kejuaraan untuk kali kelima,” katanya di Royal Langkawi Yacht Club (RLYC) hari ini.