Home Nasional Sumbangan Kolej New Era peruntukan khas MOF

Sumbangan Kolej New Era peruntukan khas MOF

KUALA LUMPUR – Peruntukan yang diberikan kepada Kolej Universiti New Era kerana ia selaku institusi pendidikan yang bukan bermotifkan keuntungan.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, ia merupakan peruntukan khas kementeriannya yang diberi secara terus oleh Kementerian Kewangan.

“Kerajaan Barisan Nasional juga pernah memberikan peruntukan yang sama kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KUTAR) yang bukan universiti awam antara RM30 juta hingga RM69.25 juta dalam Bajet 2012 hingga 2018,” ujar kenyataan yang sama.

Justeru, KPM mengambil maklum isu peruntukan khas kepada Kolej New Era seperti yang dilaporkan media.

Sebelum itu, peruntukan berkenaan menjadi isu termasuk dipertikaikan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan beberapa pemimpin pembangkang.

Dalam kenyataan yang sama, KPM memaklumkan dalam Belanjawan 2019, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM652 juta berbanding RM615 juta pada tahun 2018 dan ia meliputi semua aliran sekolah termasuk sekolah tahfiz. – MalaysiaGazette