Home Dunia Perakam suara Lion Air sudah ditemui

Perakam suara Lion Air sudah ditemui

Lion Air
Pesawat Lion Air

JAKARTA – Perakam suara dari pesawat Lion Air yang terhempas di perairan Jawa pada Oktober tahun lalu telah ditemui.

Kesemua 189 orang penumpang maut dalam insiden itu.

Ketika kejadian pesawat berkenaan baharu sahaja berlepas ke Pangkal Pinang.

Juruterbang dikatakan telah meminta kebenaran untuk berpatah balik tetapi terputus hubungan selepas itu.

Para penyiasat mendakwa pesawat itu mengalami masalah teknikal.

Sejak kejadian itu, badan utama pesawat tidak pernah ditemui.

Namun, Timbalan Ketua Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Indonesia, Haryo Satmiko berkata, perakam suara kokpit telah ditemui tetapi belum menerima maklumat tentang lokasi.

Jurucakap tentera laut Indonesia, Agung Nugroho memberitahu, perakam suara berkenaan ditemui lapan meter dalam di bawah lumpur.

Jelasnya, isyarat lemah daripada perakam itu telah dikesan sejak beberapa hari lalu.

Perakam itu juga mempunyai kesan calar yang ketara tetapi setakat ini belum jelas sama ada ia mengalami kerosakan. – MalaysiaGazette