Home Dunia Datuk Bandar ditikam maut

Datuk Bandar ditikam maut

Pentas yang menjaid lokasi Pawel Adamowicz ditikam pada Ahad lalu. foto Agensi

WARSAW – Datuk Bandar Gdansk yang ditikam ketika berada di atas pentas majlis meninggal dunia di hospital.

Pawel Adamowicz, 53, diserang di hadapan beratus-ratus orang yang menyertai acara kebajikan pada Ahad lalu.

Beliau yang dikejarkan ke hospital akibat cedera parah telah menjalani pembedahan selama lima jam.

adam
Pawel Adamowicz

Menteri Kesihatan Poland, Lukasz Szumowski mengesahkan kematian Adamowicz.

Lelaki yang bertindak menyerang dan menikam Datuk Bandar itu telah ditahan.

Suspek berusia 27 tahun itu didapati mempunyai rekod jenayah.

Semalam media Poland melaporkan suspek berjaya akses ke pentas acara itu kerana menggunakan pas media.

Dia yang dikatakan telah menjerit ke arah Adamowicz sambil mendakwa telah dipenjara dan diseksa kerana kesilapan kerajaan dahulu, yang merupakan parti yang didukung oleh Datuk Bandar tersebut. – MalaysiaGazette