Home Politik Mana ada duit buat poster – Ramli

Mana ada duit buat poster – Ramli

Ramli Mohd Nor
Calon Barisan Nasional, Ramli Mohd Noor bercakap kepada media selepas sesi walkabout sempena Pilihan Raya Kecil P.078 Parlimen Cameron Highlands di Pos Terisu, Pahang. foto HAZROL ZAINAL, 15 JANUARI 2019.

TANAH RATA – Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang masuk hari kelima hari ini menyaksikan hampir tiada poster calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd Nor diletakkan di bahu-bahu jalan berbanding calon Pakatan Harapan (PH), M.Manogaran.

Ramli mengakui perkara tersebut sambil menegaskan, sebagai parti pembangkang, mereka menghadapi masalah kewangan khususnya untuk digunakan dalam kempen pilihan raya termasuk menghasilkan poster.

“Kami ini parti pembangkang, mana ada duit nak buat besar-besaran (poster), kami tidak boleh guna jentera kerajaan, kami tak boleh guna sekolah, tidak boleh guna dewan.

“Jadi perlahan-perlahanlah, kalau ada peruntukan adalah,” katanya ketika ditemui pemberita semasa membuat walkabout di Pos Terisu, di sini, hari ini.

Ramli Mohd Nor
Calon Barisan Nasional, Ramli Mohd Noor (kiri) mendengar luahan salah seorang penduduk orang asli ketika sesi walkabout sempena Pilihan Raya Kecil P.078 Parlimen Cameron Highlands di Pos Terisu, Pahang. foto HAZROL ZAINAL, 15 JANUARI 2019.

Beliau mengulas mengenai perang poster PRK Cameron Highlands yang kelihatan hambar dan tidak semeriah sebelum PRU14 lalu apabila poster calon BN itu tidak digantung seperti calon kerajaan. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.