Home Ekonomi Indra Nooyi bakal terajui Bank Dunia?

Indra Nooyi bakal terajui Bank Dunia?

Indra Nooyi. foto Agensi

WASHINGTON – White House sedang mempertimbangkan untuk melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif PepsiCo Inc, Indra Nooyi, sebagai calon yang bakal menerajui Bank Dunia.

Selain Nooyi, dua lagi calon ialah David Malpass, Ketua Bahagian di Jabatan Perbendaharaan dan Ray Washburne, Ketua Pegawai Eksekutif Oversea Private Investment Corp.

Nama-nama trio itu muncul selepas sumber-sumber berkata, Ivanka Trump sedang mengetuai pencarian Presiden baharu Bank Dunia bagi menggantikan Jim Yong Kim yang dijangka melepaskan jawatan pada 1 Februari ini.

Nooyi telah melepaskan jawatannya di Pepsi pada Oktober lalu.

Amerika Syarikat yang mengawal kepentingan undi di Bank Dunia, secara tradisinya memilik pemimpin bagi institusi itu sejak ia mula beroperasi pada tahun 1946.

Kim telah membuat kejutan untuk melepaskan jawatannya pada awal bulan ini untuk menyertai dana ekuiti persendirian, Global Infrastructure Partners sebelum tempoh perkhidmatannya berakhir pada tahun 2022.

Keputusan Kim itu ekoran berlaku perbezaan pandangan dengan pentadbiran Donald Trump berhubung perubahan iklim dan keperluan sumber-sumber pembangunan. – MalaysiaGazette