Home Dunia Penerbangan terakhir pesawat penumpang B727

Penerbangan terakhir pesawat penumpang B727

B727
Pesawat B727-200 Advances milik syarikat penerbangan Iran, Aseman Airlines melakukan penerbangan terakhir pada Ahad lalu.

TEHRAN – Pesawat Boeing, B727 komersial yang membawa penumpang melakukan penerbangan terakhir pada Ahad lalu.

Pesawat B727-2000 Advances milik syarikat penerbangan Iran, Aseman Airlines itu melakukan penerbangan domestik selama dua jam antara Zahedan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Mehrabad di Tehran, lapor The Indipendent.

Wartawan Babak Taghvaee yang merakankan video mengenai penerabngan terakhir itu menulis: “EP-ASB (nombor pendaftaran B727) akan bersara petang ini tetapi ia akan melakukan satu lagi penerbangan sebelum bersara malam ini. Ia adalah pesawat Boeing 727 yang membawa penumpang terakhir,”.

Pesawat B727 telah berorasi hampir 55 tahun dan ia merupakan antara pesawat yang menjadi pilihan syarikat penerbangan.

Pesawat dengan tiga enjin yang mula beroperasi pada 1963 itu mampu membawa lebih ramai penumpang, berbanding pesawat berbadan kecil lain, pada kelajuan yang lebih tinggi dengan kos operasi yang lebih rendah, menurut The Point Guy.

Kebanyakan syarikat penerbangan di Amerika Syarikat menggunakan pesawat ini apabila lebih daripada 1,800 buah B727 dibeli dalam tempoh 20 tahun.

Apabila pengeluarannya dihentikan padsa 1984, pesawat B727 merupakan pesawat paling laris sebelum status jualan itu diambil alih pesawat B737.

Walaupun semalam merupakan penerbangan terakhir pesawat penumpang B727 namun pesawat itu masih digunakan untuk membawa kargo, penerbangan sewa khas daan pesawat peribadi untuk kakitangan kerajaan. – Agensi