Home Nasional Satu lagi kes kematian Rabies dicatatkan di Sarawak

Satu lagi kes kematian Rabies dicatatkan di Sarawak

anjing
Seorang bayi perempuan berusia tujuh hari putus tangan kanan akibat digigit anjing peliharaan daripada baka pemburu “plott hound” milik bapa saudara mangsa di Bachang Selasa lalu.- Gambar hiasan

KUCHING – Seorang warga emas berusia 80 tahun dari Kampung Sungai Du’uh, Serian disahkan meninggal dunia akibat jangkitan Rabies atau Anjing Gila.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa meninggal dunia pada pukul 9.35 pagi tadi di Hospital Umum Sarawak.

“Pada 11 Januari lepas, mangsa mengalami demam, batuk, muntah, lesu, sakit badan dan rasa lemah pada tangan kiri, dan telah mendapatkan rawatan di klinik swasta pada hari yang sama. Bagaimanapun, mangsa tidak memaklumkan bahawa dia telah digigit oleh anjing.

“Mangsa telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak pada 14 Januari oleh klinik swasta tempat mangsa mendapatkan rawatan setelah gejala yang dihidapinya tidak berkurangan semasa mendapatkan rawatan ulangan. Keadaan mangsa bertambah teruk dengan gejala neurologi termasuk hidrofobia dan aerofobia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kematian terbaharu ini menjadikan jumlah kematian akibat rabies dalam kalangan manusia di Sarawak adalah 16 kes sejak pengisytiharan wabak pada 1 Julai 2017. – Bernama