Home Dunia 2 sami maut ditembak

2 sami maut ditembak

Polis mengawal di kawasan tokong Buddha Rattanaupap di selatan Thailand. foto Agensi

BANGKOK – Dua sami Buddha ditembak mati dan dua lagi cedera di dalam sebuah tokong di selatan Thailand.

Saksi mendakwa beberapa lelaki bersenjata yang berpakaian hitam yang menaiki motosikal telah menyerbu kuil Rattanaupap dan melepaskan tembakan pada jarak dekat ke atas sami-sami berkenaan.

Tiada siapa yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan hari Jumaat yang berlaku di wilayah Narathiwat dekat sempadan dengan Malaysia.

Seramai 7,000 orang termasuk orang awam telah terbunuh sejak gencatan senjata pada tahun 2004.

Keganasan yang berlaku di rantau itu turut menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 23 orang sami, menurut Human Rights Watch.

Pemimpin Muslim dan Buddha mengutuk serangan berkenaan.

Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha berkata, penangkapan itu adalah “perbuatan keterlaluan” dan memberi jaminan untuk menghukum pelaku. – MalaysiaGazette