KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mendakwa data-data ekonomi negara merosot dengan ketara selepas bulan Mei tahun lalu.
Ia adalah selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-14.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, indeks Bursa Malaysia, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar dan nilai ringgit menurun.
Terkini, beliau memetik media yang berpendapat dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun 2018 di bawah Kerajaan Pakatan Harapan adalah lebih rendah.
Cuma, katanya, ia bukan salah Pakatan Harapan sebagai mana propaganda kerajaan baharu.
Ia berdasarkan dakwaan Pakatan Harapan sebelum PRU14 yang menyalahkan Barisan Nasional (BN) jika dividen KWSP rendah tetapi kalau dividen tinggi pula tidak kredit BN.
Tetapi selepas PRU14, bukan salah Pakatan Harapan kalau dividen rendah dan akan memberi kredit kepada Lim Guan Eng dan kerajaan baharu jika dividen tinggi.
“Ini sudah banyak cantik,” sindirnya. – MalaysiaGazette