Home Dunia Mangsa letupan paip minyak Mexico meningkat

Mangsa letupan paip minyak Mexico meningkat

Saluran paip minyak yang digali oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mencuri minyak. Foto Agensi

MEXICO CITY – Angka korban dalam letupan paip minyak di Mexico meningkat kepada 85 orang.

Letupan itu berlaku selepas paip minyak dipotong oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di bandar Tlahauelilpan di negeri Hidalgo.

Berpuluh-puluh mayat manusia masih kelihatan di kawasan insiden yang kini dikawal oleh pihak keselamatan.

Sementara itu, Pemex, syarikat petroleum milik Mexico berkata, kebakaran itu disebabkan oleh kecurian minyak.

Katanya, pencuri dipercayai telah memotong saluran minyak melalui saluran paip Tula-Tuxpan – hanya beberapa batu jauhnya dari kilang penapisan besar.

Tindakan itu menyebabkan minyak ‘letusan’ minyak ke udara.

Orang ramai yang menyaksikan tumpahan minyak itu kemudian datang berbondong-bondong untuk mengisi minyak di dalam bekas sebelum letupan berlaku beberapa jam kemudian.

Pada sidang akhbar, ketua eksekutif Pemex, Octavio Romero berkata firma itu sedar kebocoran sepanjang saluran paip pada jam 4.50 petang waktu tempatan.

Gabenor Hidalgo, Omar Fayad berkata, 74 orang lagi mangsa telah dimasukkan ke hospital selepas insiden paling buruk pernah berlaku di negara itu.

Penduduk negeri itu memaklumkan kejadian itu berlaku akibat polisi minyak oleh Presiden Andres Manuel Lopez Obrador sehingga bekalan bahan bakar menjadi terhad.

Andrez telah mengenakan sekatan minyak bagi menangani penyeludupan minyak.

“Orang ramai datang ke sini (tempat kejadian) untuk mendapatkan sedikit minyak untuk kereta. Ini kerana stesen minyak tiada bekalan,” kata seorang petani, Isaias Garcia.

Di Mexico beberapa liter minyak bernilai lebih daripada gaji minimum harian. – MalaysiaGazette