Home Utama Kutipan cukai naik bukan keajaiban Guan Eng

Kutipan cukai naik bukan keajaiban Guan Eng

Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Peningkatan kutipan cukai langsung yang didakwa kerana dasar kerajaan oleh Lim Guan Eng adalah kisah dongeng yang jelas menipu rakyat.

Ia bukan keajaiban yang dibuat oleh Menteri Kewangan itu atau pun kerajaan Pakatan Harapan.

Sebaliknya, dakwa Khairy Jamaluddin, peningkatan itu kerana kenaikan harga minyak dunia.

Ahli Parlimen Rembau itu menjelaskan, kerajaan Barisan Nasional menjangkakan hasil cukai petroleum adalah sebanyak RM11.4 bilion dengan andaian harga minyak dunia adalah AS$52.

50288964_2594205947262657_7135628235731107840_n(1)

Namun bermula Januari 2018, harga minyak dunia telah melambung naik dan tidak sekalipun pada tahun itu harga minyak dunia berada pada paras AS$52 ke bawah.

“Purata harga minyak dunia sepanjang tahun 2018 adalah AS$68.

“Jika dibaca kenyataan penuh Lim Guan Eng, boleh dilihat berlaku peningkatan ketara dalam kutipan cukai pendapatan petroleum iaitu sebanyak RM8.32 bilion berbanding anggaran awal,” katanya dalam hantaran terbaharunya di Facebook.

bajet2

Oleh itu, Khairy berkata, tidak hairanlah apabila kutipan cukai langsung ini meningkat.

Hasil kutipan bagi cukai langsung lain seperti cukai pendapatan individu, syarikat dan lain-lain dilihat tidak mempunyai perbezaan besar dengan anggaran yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasioanl pada tahun 2017.

Lantaran itu, Khairy meminta Guan Eng segera menghentikan propaganda murahan beliau untuk menutup kelemahan pengurusan ekonomi di bawah Pakatan Harapan.

Ini dibuktikan apabila  harga barang tidak turun, puluhan ribu anak muda masih menganggur, gaji tidak naik, pekebun kecil mengeluh, peniaga mengadu aktiviti ekonomi tidak rancak.

“Itu patut menjadi keutamaan kerajaan Pakatan Harapan. Bukan ‘political point scoring’ murahan,” kata beliau. – MalaysiaGazette