Home Dunia Saluran paip minyak Ecopetrol dibom

Saluran paip minyak Ecopetrol dibom

BOGOTA – Syarikat minyak Colombia, Ecopetrol SA berkata, serangan bom di saluran paip di Transandino telah menyebabkan berlaku kebocoran di barat daya Narino, berhampiran sempadan Ecuador.

Saluran paip itu tidak beroperasi pada hari Sabtu semasa serangan berlaku.

Ia merupakan serangan pertama pada tahun ini.

Syarikat itu menghadapi 16 serangan pada tahun lalu.

Ecopetrol tidak mendedahkan siapa yang bertanggungjawab atas serangan itu, malah tidak memaklumkan bila saluran paip itu akan kembali beroperasi.

Saluran paip Trasandino sepanjang 306 kilometer mempunyai kapasiti untuk menyalurkan 85,000 tong minyak sehari dari medan minyak di wilayah Putumayo ke Pelabuhan Lautan Pasifik Tumaco untuk dieksport.

Tetapi kumpulan pemberontak Tentera Pembebasan Nasional (ELN) kerap melakukan serangan ke atas infrastruktur minyak dan gas. – MalaysiaGazette