Home Politik UMNO, Pas wajib bersatu – Abdul Hadi

UMNO, Pas wajib bersatu – Abdul Hadi

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

KUALA LUMPUR – Islam mesti menguasai politik negara di sebuah kerajaan yang mejoritinya muslim, pesan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau bagaimanapun berkata, apa yang berlaku di Malaysia mutakhir ini, yang mana kuasa politik berada dalam tangan minoriti Islam adalah suatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Katanya, keadaan itu perlu diubah segera oleh manjoriti muslim yang menjadi tonggak rakyat Malaysia.

“Cara terbaik ialah Pas dan UMNO wajib bersatu demi menyelamatkan Islam dan negara,” katanya yang dipetik dari ucapan ceramahnya di Cameron Highlands malam tadi.

Menurut Abdul Hadi, Cameron Highlands adalah peluang terdekat untuk orang Melayu dan Islam dari dua parti berkenaan menterjemahkan hasrat itu.

Ujar beliau, calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highland, Ramli Mohd Nor adalah calon bersama Barisan Nasional (BN) dan Pas.

“Menjadi kewajipan ahli Pas dan umat Islam mengundi calon yang bakal membawa suara Islam ini.

“Ini kerana, kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal menunaikan janji pilihanraya melibatkan kemaslahatan rakyat. Cameron Highland adalah peluang rakyat menyampaikan mesej menolak PH,” katanya. – MalaysiaGazette