Home Ekonomi Bursa tinggi pagi ini

Bursa tinggi pagi ini

Harga saham di Bursa Malaysia tinggi semasa dibuka hari ini, didorong beberapa sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun pasaran saham Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka pagi ini dengan mencatat peningkatan 7.46 mata kepada 1,699.68.

Pada 9.30 pagi, terdapat 274 kaunter naik, 170 turun dan 239 tidak berubah di Bursa Malaysia.

FBM-KLCI berada pada 1,693.58, naik 1.36 mata; FBMACE pada 4,478.74, naik 9.20 mata; dan FBMEMAS pada 11,724.88, naik 20.52 mata.

Sejumlah 588.651 juta saham bertukar tangan bernilai RM205.545 juta. – MalaysiaGazette