Home Ekonomi Kepentingan Petronas di Sudan Selatan mula mengepam minyak

Kepentingan Petronas di Sudan Selatan mula mengepam minyak

JUBA – Sudan Selatan sudah mula mengepam 15,000 tong minyak mentah tambahan sehari dari medan minyak Unity.

Menteri Minyaknya, Ezekiel Lul Gatkuoth memberitahu, negara itu telah selesai membaiki telaga-telaga yang rosak dalam perang saudara dan telaga tersebut dibuka semula pada hari Isnin.

Telaga-telaga berkenaan akan menambah pengeluaran sebanyak 12,000 tong sehari meningkat kepada 70,000 tong sehari menjelang akhir tahun 2019.

Sebelum kenaikan itu, pengeluaran adalah pada 160,000 tong sehari.

“Hari ini secara rasmi pengeluaran Unity Oil sudah bermuka,” katanya semasa majlis pelancaran di medan minyak.

Infrastruktur minyak Sudan Selatan rosak teruk semasa perang yang berlaku pada tahun 2013, selepas dua tahun bebas dari Sudan.

Pengeluaran menjunam kepada kurang daripada separuh tahap sebelum pra-perang, tetapi telaga dibaiki dengan bantuan orang Sudan, kata Gatkuoth.

Petronas, syarikat minyak milik Malaysia, Oil and Natural Gas Corporation yang dimiliki India (ONGC Videsh) dan China National Petroleum Corporation (CNPC) – semuanya mempunyai kepentingan dalam medan minyak Sudut Selatan.

Kargo telah ditempah sehingga akhir bulan Mac, kata Gatkuoth, tetapi kini akan ada tambahan minyak untuk dijual. Minyak Sudan kini dijual dengan harga AS$61 setong. – MalaysiaGazette