Home Ekonomi Rundingan ECRL masih berjalan

Rundingan ECRL masih berjalan

Daim Zainuddin

KUALA LUMPUR – Malaysia masih mengadakan perbincangan dengan China berhubung projek pembinaan Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), kata penasihat kerajaan, Tun Daim Zainuddin.

Bekas Menteri Kewangan itu dilantik khas oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertemu dengan Perdana Menteri China, Li Keqiang di Beijing pada Julai lalu

“Rundingan ECRL masih berjalan.

“Kami harap ia dapat dimuktamadkan secepat mungkin,” katanya dipetik Malay Mail dalam sidang media selepas dialog Perwira Kementerian Pertahanan di sini.

Kerajaan Pakatan Harapan telah menggantung projek yang menghubungkan Lembah Kelang dengan Pantai Timur disebabkan kosnya yang tinggi.

Daim juga ditanya sama ada Low Taek Jhoo atau Jho Low yang dikehendaki di sini berhubung dengan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), digunakan sebagai alat tawar-menawar.

“Saya tidak dapat memberi maklum balas terhadap spekulasi,” jawabnya.

Ditanya sama ada beliau masih menjadi Penasihat Perdana Menteri, Daim berkata, beliau hanya memberi pandangan apabila nasihatnya diperlukan. – MalaysiaGazette