Home Dunia Sala dalam pesawat ringan yang hilang

Sala dalam pesawat ringan yang hilang

Emiliano Sala. foto Agensi

PARIS – Bintang bola sepak baharu Cardiff City, Emiliano Sala, berada di dalam pesawat ringan yang hilang dalam penerbangan ke ibu kota Welsh untuk menyertai pasukan itu Isnin lalu.

Pesawat ringan yang dinaiki Sala hilang dari radar ketika berada di Pulau Channel English di Guernsey.

Beliau dalam penerbangan dari bandar Nantes ke Cardiff.

Pesawat penyelamat dan bot penyelam telah melancarkan operasi mengesan pesawat enjin tunggal Piper Malibu lebih dari 1,000 batu persegi sejak semalam.

Polis Guernsey berkata, beberapa objek terapung telah dilihat di dalam air tetapi mereka tidak dapat mengesahkan sama ada ia dari pesawat yang hilang.

Operasi dan menyelamat digantung menjelang malam semalam dan akan bersambung hari ini.

Sala, 28, mewakili Cardiff dalam Premier League dari FC Nantes minggu lalu dengan rekod yuran sebanyak AS$19 juta.

Beliau telah bermain di Perancis sejak tahun 2012.

“Kami menjangkakan Emiliano tiba malam tadi di Cardiff. Kami akan terus berdoa,” kata Ketua Pegawai Eksekutif kelab itu, Ken Choo.

Malah, beliau turut mengumumkan sesi latihan dibatalkan.

Setakat ini, pihak berkuasa tidak menerima sebarang maklumat berlaku pendaratan tidak berjadual dilakukan oleh pesawat berkenaan.

Pesawat itu telah naik pada paras 5,000 kaki semasa juruterbang meminta menurunkan ketinggian ketika melintasi Guernsey.

Tetapi pesawat itu hilang dari radar ketika berada pada ketinggian 2,300 kaki.

Sementara itu, bapa Sala, Horacio memberitahu, dia tidak tahu apa-apa berita mengenai anaknya kerana tiada di rumah.

Beliau yang menjadi pemandu trak dimaklumkan mengenai Sala oleh rakannya.

Daniel Rivero, Presiden Kelap San Martin de Progreso mengharapkan keajaiban berlaku terhadap nasib Sala.

Sala telah menjaringkan 12 gol untuk Nantes pada musim ini. – MalaysiaGazette