Home Ekonomi Jualan Perodua catat sejarah tahun lalu

Jualan Perodua catat sejarah tahun lalu

Jualan Perodua pada bulan Disember meningkat 11.5% kepada 22,940 unit daripada 20,299 kenderaan pada November 2021.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perodua yang mencatatkan jualan tertinggi dalam sejarahnya sebanyak 227,243 unit pada tahun 2018, mensasarkan peningkatan sebanyak 4 peratus kepada 231,000 unit menjelang akhir tahun 2019.

Peningkatan itu disokong oleh Myvi dan pengenalan Aruz baru-baru ini.

Myvi merupakan model terlaris Perodua pada tahun 2018, dengan 82,122 unit didaftarkan daripada 117,844 tempahan.

Sehingga kini, lebih 91,500 Myvi telah didaftarkan daripada 147,000 tempahan.

Axia, Bezza dan Alza kekal nombor satu dalam segmen masing-masing dengan 70,821, 49,911 dan 24,389 unit dijual pada 2018.

“Sasaran Perodua untuk meningkatkan jualannya sebanyak 4 peratus tahun ini bukan sahaja akan mengukuhkan jenama kami tetapi akan membantu industri automotif Malaysia yang dijangkaberkembang sedikit tahun ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menjangka peningkatan jumlah industri keseluruhan (TIV) sebanyak 0.21 peratus kepada 600,000 unit tahun ini daripada 598,714 unit tahun lepas.

Zainal berkata, Myvi dijangka terus popular tahun ini.

Tambahnya, Aruz yang dilancarkan pada 3 Januari lalu telah menerima hampir 5,700 tempahan setakat ini. – MalaysiaGazette