Home Utama Lapan Raja-Raja Melayu selesai bermesyuarat

Lapan Raja-Raja Melayu selesai bermesyuarat

Kenderaan rasmi yang membawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja berikutan perletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 24 JANUARI 2019

KUALA LUMPUR – Kesemua lapan Raja-raja Melayu selesai bermesyuarat untuk memilih Yang di-Pertuan Agong, hari ini.

Pertama keluar adalah pengerusi mesyuarat berkenaan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin jam 12.50 tengahari selepas lebih sejam bermesyuarat.

MGF24012019_ISTANA NEGARA_44
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja berikutan perletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 24 JANUARI 2019

 

Ia disusuli Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Sharafuddin Idris Shah diikuti Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pula dilihat meninggalkan Istana Negara jam 12.57 dan diikuti di belakang adalah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Selang beberapa minit kemudian, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah juga dilihat meninggalkan Istana Negara.

MGF24012019_ISTANA NEGARA_47
Kenderaan rasmi yang membawa Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja berikutan perletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 24 JANUARI 2019

Terakhir adalah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Baginda dilihat membukakan cermin tingkap dan melambai ke pada media yang membuatkan liputan. -MalaysiaGazette